SELAMAT HARI RAYA QURBAN
hari niyh saya bekesempatan laa nak juin tgok org bekorban..slaloonya celik mata jaa tgok atok daa siap balik bawa daging korban!!tapi hari niyh,pakcik tumbangkan seekor kambing sbb nak aqiqah anak die,so dpat laa tgok secara live org dok siat2 kambing tuh..sebelom niyh pown penah jaa tgok tapi time zaman bila ntah..
nak dijadikan cerita, subuh-subuh lgik saya daa tejenguk-jenguk kt luar..nak pastikan kambing tuh ade lgik..maklum laa takot t'lpas detik-detik besejarah niyh(daa mcm amik anugerah jaa)lastly tggu pnya tggu xjgak laa mati-mati kambing tuh!!aishhhh,boring amat laa tggu,pegi laa srpan..xjgak mati!!pegi pulak solat raya..aisemennn~~xmati lgik!!last2 tnya kat atok "atok,kambing niyh mmg sja jaa ke tambat kt luar niyh??"
pastu atok jwab "apo lak,issshhh..ekau niyh,nk di moleh laa..nk buek apo smpan2..bau ehh,mangai..sapo leh tahan" saya plak "dah tuh dri sboh sya tggu xmati2 pown" atok "ishhhh,saba laa kot yo pown..xdo lari kambing tuh do"kui3~~last2 lpas daa blik dri masjid n kubur..abg-abg tough kt umah tuh sempat plak laa srpan 4 daa second round..sume get ready nk kurban kan kambing tuh..semangat jaa!!haha..nak crita jugak laa skit..ye laa,smbil2 tuh buleh laa nk mengimbau balik memori otak saya daa lama xdiinstall dgn crita2 sirah begini..
Hari Raya Aidil Adha ini tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban. Ibadah korban ini adalah kemuncak takwa kepada Allah Taala. Ia bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut. Tatapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. Hal ini telah dirakamkan dalam Al-Quran :
"Maka takkala anaknya ini sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : "Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu." Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar." ( Surah al –Shaafat ayat : 102 - 107)
srunuk lembu tuh bedancing2 tok dikorbankan..!!
No comments:
Post a Comment