Wednesday, December 28, 2011

wordless wednesday : surat cinta untukmu..


hey hey..thanks for reading ya =))

Saturday, December 24, 2011

kau ku gelar dya...!!!

salam alaik...

kau yang ku panggil dya..
terima kasih untuk segala suka dan duka,
terima kasih untuk semangat yang membakar,
terima kasih untuk sayang yang dikongsikan,
terima kasih untuk ilmu yang dicurahkan,
terima kasih untuk segalanya..

kau yang ku panggil dya..
maafkan atas ketelanjuran kata-kata,
maafkan atas layanan yang tidak sepatutnya,
maafkan atas ilmu yang terkurang,
maafkan atas sayang yang tak terbalas,
maafkan atas segalanya..

kau yang ku panggil dya..
teruskan perjalanan hidup ini demi masa depan dya,
kerana cita-cita itu pasti akan menjadi kenyataan,
jangan pernah menyalahkan diri atas apa yang berlaku,
kerana hikmah disebaliknya tiada siapa yang tahu,
carilah seseorang yang lebih baik untuk diri dya,
kerana beliau mampu menjadi lebih baik dari orang,
hargai setiap detik yang berlalu,
kerana ianya pasti memberi moment yang lebih indah,
kuatkan semangat untuk hari mendatang,
kerana orang tiada lagi untuk memberikan semangat itu,
doanya semoga bahagia dan berjaya dunia akhirat!!




hey hey..thanks for reading ya =))

Sunday, December 4, 2011

model INDAH WATER..

salam alaik..

hoyeah,hoyeah..excited nak updated blog kali niyh..lama daa tak fikir ayat buat esei sejak blog niyh tersadai beberapa ketika=)

berbalik kepada tajuk entry kali niyh, cikBella dengan bangganya nak bagitau dekat readers blog niyh yang cikBella dengan rasminya daa jadi model untuk INDAH WATER selama sehari hari tuh..kenapa INDAH WATER?? hahahahaha=)) sebab syarikat tuh jaa yang panggil cikBella setakat niyh untuk jadi model sambilan tak berbayar mempromosikan hasil buangan yang terkandung dalam tangki tuh..erkkkk~~bunyi memjijikkan jaa!! cikBella tak tahu laaa apakehal bila sampai tajuk INDAH WATER jaa neuron cikBella aktif bebenor..semangat terlebih kowt!! entah gas ape yang disedut sampai jadi begini=)



itu trademark gaya sem niyh..cikBella pon tak tahu apekehal!! trademark untuk kuat=) yang niyh tangki paling fresh sekali..bau?? huh, terbaik dari ladang..nampak laa yang terapung berkutul-ketul tuh!! geli-geli=)


ada nampak buih tuh??hahahhaha..kurang asam kawan cikBella yang lain..katanya macam buih kalau kita buka tin air nescafe latte tuh..memang sampai ke sudah tak minum lagi nescafe tuh!! tapi bukan cikNa disebelah yang cakap..time niyh kitorang pergi satu kelas girls je laa!! yang guys pergi solat jumaat!!


actually, tajuk INDAH WATER niyh ada kat dalam silibus lab water semester niyh..so, kitorang kena laa buat experiment based on 3 air dari tasik, loji and tab water..interestingkan=) hahahaha..ada pernah terfikir nak ceduk air kumbahan manusia..errrrr~~tapi salute lagi orang yang menceduk dengan tabah air tuh..cikBella tak ceduk pon coz group cikBella kaum adam yang sudi nak cedukkan..cikBella bagi sokongan dari belakang sambil melawat kawasan!!

hoyeah,hoyeah..ada namapak muka gumbira melawat kawasan kumbahan=) hahahaha..tak sangka sebenarnya civil engineer niyh kena jugak buat kerja begini..so, jangan ingat engineer kerja buat bangunan jaa ya=) kami pon main air taik juge!!! hahahahhaha=)
hey hey..thanks for reading ya =))

Friday, November 25, 2011

campus life begin..

salam alaik..

sayangnya nak lepaskan hari niyh coz lepas niyh memang harapan palsu je laa nak dapat lepak sampai ke petang, bangun pagi pukul 10.30 pagi mahupun nak update blog selalu..start jaa next week the real engineering student life will begin=( ouh, tak sabar nak face experient baru tapi tak tahu laa macam mana separuh nyawa nak habiskan kelas yang start pukul 8.00 pagi sampai laa pukul 10.30 malam tuh..belum masuk pagi petang ada lab!! doakan semuanya berjalan lancar ya=)

so, lepas niyh busy,busy,busy laa nampaknya tapi kalau boleh still mahu curi masa update benda yang interesting kat dalam blog niyh=) 9 subjek boleh membuatkan otak penat dan badan lembik..ouh, mental dan fizikal perlu diasah dari sekarang, kalau tak memang terkandas ditangah jalan laa nampaknya!! azam sem niyh hopefully cgpa naik mendadak dan get dean list tuh memang ofcoz laa..doakan yang terbaik untuk cikBella ya=)

tadi baru lepas called parents cikBella..macam biasa laa, hari Isnin niyh kan cuti awal Muharram..so, niat dihati nak laa pulang ke rumah memandangkan dari Sabtu sampai Isnin nanti ada family vacation sekali dengan family day..kiranya peluang untuk jumpa cousin untuk kali terakhir tahun niyh sebelum tunggu cuti tahun depan..tapi malangnya cikBella tak dapat nak join disebabkan cikBella terpaksa balik seorang diri dan hari Selasa pagi esoknya tuh cikBella ada kelas dari 8.00 pagi sampai laa pukul  6.00 petang..perjalanan yang jauh so, cikBella takut tak boleh concentrate then membuta tanpa agak-agak dalam kelas tuh..ouh,sedih sekali=(

apapun, cikBella doakan semuanya selamat pergi dan pulang dan aktiviti berrjalan lancar..jaga keselamatan diri dan keluarga masing-masing and jangan lupa sedaramu diperantauan niyh...cewaaaah!!ahahahaha=)
hey hey..thanks for reading ya =))

Wednesday, November 16, 2011

tinggal tanda tanya..fast track!!!

salam alaik..

kepada anda yang berjaya..



selamat maju jaya ditempat baru..take a really good care of your self ok..still keep in touch ya with others!!

tapi ada lagi tanda tanya dalam diri cikBella..siapa yang dapat offer fast track tuh?? buat mereka yang pergi, sila tinggalkan jejak ya..jangan laa pergi begitu sahaja, sedih kowt..even kita tak rapat or rapat sekali pon..janji kita kenal atas nama persahabatan..anda adalah mereka yang tetap pernah bermain difikiran cikBella..cukup laa anda berdiam diri bila dapat offer tuh..tapi jangan laa pergi pon tak diberitakan!!

ramai yang bertanya, cikBella pergi fast track ke? hahahaha..jawapannya TIDAK!! ya, cikBella memilih untuk terus menyambung diploma..ramai yang menyuruh cikBella mengambil peluang yang terbentang didepan mata tuh, tapi apekan daya..keputusan cikBella tak dipengaruhi oleh sesiapa pon dan family memberi 100% kepercayaan kepada cikBella!!

kalau ikotkan awal semester dulu, memang cikBella memilih untuk mengikuti fast track niyh..tapi entah bila keputusan tuh berubah tanpa ragu-ragu..siapa yang tak mahu, sambung degree dekat Shah Alam..dekat daa dengan rumah, tiap-tiap minggu boleh balik..dari duduk dekat Arau tuh, tunggu semester break baru laa dapat jumpa family!! siapa tak mahu habiskan study cepat-cepat pastu kerja pastu kawen*err~~ siapa tak mahu sambung study sekat K.L yang maju niyh!! cakap siapa,siapa,siapa?? cikBella laa=)

kenapa tak mahu join fast track?? hahaha..jawapannya: NOT READY!! orang kata degree susah..tak fikir pula diploma niyh pon dah nak terpancit nyawa-nyawa ikan nak score every each subjek!! so, cikBella boleh rasa puas bila dapat konvo setelah separuh nyawa habiskan diploma niyh..nak berjaya bukan senang tapi bukan mustahil..ye, sila pegang kata-kata tuh=) selain itu, cikBella tak ready lagi nak jejak Shah Alam tuh untuk bertahun-tahun..first thing yang bermain dekat fikiran cikBella mesti susah nak dapat kolej..sedangkan duduk dekat Arau pun berusaha gigih nak dapatkan kolej, inikan pula Shah Alam yang penuh dengan manusia tuh..ouh, kos hidup sekarang bukan main lagi..cukup laa duduk dekat Ampang niyh pon daa cukup terasa inikan pula duduk dekat Shah Alam, bandar besar tuh.

maaf, bukan niat cikBella untuk menjatuhkan sesiapa..itu hanya alasan yang tipikal kenapa cikBella lebih berminat untuk menyambung diploma!! buat mereka yang masih di Arau, see ya next sem*beberapa hari jaa pon!!
hey hey..thanks for reading ya =))

Wednesday, November 9, 2011

jom photoshoot pre-wedding!!

salam alaik..

sekarang kalau tengok orang yang bakal mendirikan rumah tangga mesti tak lari buat photoshoot untuk pre-wedding diorang..cool yaw~~kalau ikut kat overseas sana daa lama daa diorang dok buat lagu tuh tapi kat Malaysia niyh sejak zaman DSLR niyh menular makin ramai yang terjebak untuk buat photoshoot niyh tak kire laa retis kaa orang biasa kaa..janji ada duet berkepuk ape pon boleh!!

macam-macam tema dan gaya photoshoot pre-wedding niyh cikBella tengok..sukaaa sangat!! so, kat sini antara photoshoot yang vavavooooom!!


zahiril adzim..suka sangat ala-ala klasik gtuh!!




kevin zahri..ala-ala Inggeris!!sesuai laa dengan beliau=)




yasmin hani..yang niyh cute jaa!!tak tahu laa pula tema ape..




eira syazira..yang niyh pon tak tahu tema ape..yang penting masa wedding die lawoooo!!




dr. sheikh muzaphar..lupa daa ape tema dia!! tak silap ade laa kaitan dengan kayangan..





nabil dengan tema fairytale..gempak kowt!!kat i-city jaa padahal...boleh laa lepas ni feeling feeling photoshoot bila pergi i-city=)) hahaha..




sekian sahaja laporan gambar berangan berangan dari cikBellla..ada banyak lagi!!kalau teringin nak buat jugak photoshoot gini tanya jaa cik google tuh..macam macam idea die bagi nanti..urmmmm,nak buat tema ape tah nanti..hahahaha=))










hey hey..thanks for reading ya =))

matangkah anda??

# Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

# Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

# Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

# Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

# Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

# Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

# Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

# Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

# Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

# Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

# Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.


ni bukan matang tapi tua!!sumber:google

# Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

# Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

# Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

# Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

# Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

# Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

# Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

# Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.


so..cukup matangkah anda??more artikel from here!!

hey hey..thanks for reading ya =))

Friday, November 4, 2011

kolej settle, final exam result.....???

salam alaik..



4.11.2001 UiTM student punya tarikh keramat..apekehal?? hahahaha..penantian selama beberapa minggu niyh terjawab sudah setelah berhempas pulas gedebuk gedebang menghadap paper final yang huh~~azab sekali nak habiskan!! coarse lain cikBella tak tahu..tapi kalau coarse cikBella laa, nasib baik laa sistem kat U ni..siapa tak lulus korang kena repeat paper tuh lagi..kalau tidak memang kubiar sahaja paper tuh tak terusik..weyhhh~~sem 3 adalah sem paling buat hidup kacau bilau..

tahniah laa buat mereka yang dean list tuh..hebaaaaaaaak weyhhh~tak kurang jugak yang merasa tak repeat paper tuh..tahniah,tahniah=)) u reserve for it yaaw..untuk mereka yang repeat pula, jangan putus asa..semua yang berlaku ada hikmahnya!! tingkatkan usaha, insyaALLAH..kejayaan pasti milik anda di kehidupan akan datang..goodluck yaaw..

result cikBella??kih3~~tak cek pon lagik...die suruh bawa bertenang setenang tenangnya..hopefully pass with flying color and tak payah nak faces paper yang sama daa..ta mahu,ta mahu,ta mahu!!
hey hey..thanks for reading ya =))

Thursday, November 3, 2011

tabiat yang perlu dikikis..

salam alaik..



1. suka membazir makanan
setiap kali makan, cikBella mesti takkan habiskan makanan tersebut walaupun diambil dalam kuantiti yang sedikit..mungkin perlu ambil sesudu setiap kali makan lepas niyh..

2. makan banyak tetapi terlalu memilih
sori, cikBella memang sangat kuat makan..setiap masa tekak niyh mesti terasa nak makan itu ini..tapi itu tak sedap..ini tak suka..sudahnya dok bising dan bersila lama-lama depan peti ais sebab tak tahu nak makan ape..

3. tidur sambil mendengar lagu
untuk pengetahuan semua..tabiat ini tidak bagus kerana ianya akan membuatkan kita susah untuk bangun disubuh hari..dr. fadzillah kamsah kata kalau sebelum tidur kita dok berdendang dengan lagu yang bukan berunsur ketuhanan..ianya akan menganggu proses untuk kita bangun!! so, cikBella tak boleh tidur kalau tak dengar lagu macam mana...

4. tidur tak henat dunia..berjaga pon tak hengat dunia
sekali dapat tidur, hameeek ko sampai ke tengah hari..bila berjaga pula sampai 3 hari tak reti nak tidur..its ok kalau time tengah cuti macam sekarang niyh..tapi ianya menjadi beban bila daa start belajar balik..uishhh, ade amik dadah ke dulu ehh??bahaye niyh..

5. suka sepahkan tempat yang mempunyai permukaan rata
haaa..percayalah!! bukannya ape, bila buat kerja tuh memang semua tuh wilayah cikBella..kau takde wilayah pergi main jauh-jauh..susah hati kalau buat kerja tapi tempat tak bersepah even benda yang nak dibuat adalah mengisi borang maklumat pelajar..den tinggalkan wilayah yang dilanda garuda tuh untuk beberapa ketika sampai laa kerja daa betul-betul siap..so kalau kerja banyak, banyak laa hari wilayah tersebut terkorban..tq roomie, sebab anda selalu jaa kemaskan wilayah cikBella bila mana cikBella tak sempat nak kemaskan!!

6. lambatnya bersiap mengalahkan artis
ouh, ini problema yang sangat kronik..cikBella niyh memang tak cun apetah lagi cantik menawan!! tapi bila bersiap mengalahkan artis..bukannya ape, cikBella sangat lama bila mengenakan tudung..lalalalala=)) macam mana nak buat weyhhhh~~ini masalah sejak azali..sangat susah hati bila tudung tak kemas..ye laa, da taw tak cun takkan nak jadi selekeh plakkan..

7. kurang minum air
ini pon masalah..ye laa, cuaca sekarang tak menentu dan body system kadang tak berapa nak stabil sangat so, dalam sebulan cikBella boleh demam sampai 3 kali..soalan tak lari dr. akan tanya "minum air berapa gelas sehari??" hahahha..jawapannya, breakfast secawan, lunch secawan, dinner secawan..lain-lain bila teringin sangat..sebab ape jadi begitu..entah laaa!!
hey hey..thanks for reading ya =))

I really mean it...FRIENDS!!

salam alaik..



- selain parent..friends are the best source of inspiration and strength untuk meneruskan kehidupan ini..kerana itu cikBella amat sangat sayang kepada anda..

- sayang cikBella pada kawan adalah sama dengan sayang cikBella pada family..no wonder sekali daa rapat takde lagik laa nak panggil dengan nama panggilan sebab ianya akan bertukar menjadi syg, dear, lalink..

- bukan semua kawan cikBella boleh share my daily life gossip..so sekali daa tersebar gossip tuh maknanya anda adalah orang yang paling bertuah kerana cikBella rasa sangat closed and really trusted..

- kalau tiba-tiba cikBella sedang mengalami gangguan emosi terhadap anda cikBella akan menjauhkan diri dan bersikap diam seribu bahasa kerana tak mahu anda akan menerima jangkitan penyakit yang sama..

- cikBella tak pandai nak memujuk bila kawan-kawan mengalami gangguan emosi..so, kalau anda terasa diperlukan cikBella hanya mampu memberi semangat mahupun pandangan sahaja..

- selalu cikBella tak tahu membezakan cara layanan antara kawan perempuan dan lelaki..semuanya akan dilayan sama sahaja..so, andai kata anda merasa tidak selesa sila laa tegur..teguran anda amat dihargai..

- because we are closed, so cikBella nak semua benda kita lakukan bersama!! lepaking, gossiping, eating, watching, karaoke, shopping, hangout..semua laa we are together=)) baru bestkan..

- anda adalah kawan terbaeeeeeeek kerana anda pernah menjadi seseorang dalam diri cikBella kerana cikBella bukan mudah untuk memulakan sesebuah persahabatan..apetah lagi untuk berbual dan berkongsi minat bersama..

- tak mahu lepaskan anda semua pergi selagi belum tiba saatnya..sayang anda ketat-ketat sampai mati!! love much,much,much our friendship..seronok dan sangat bersyukur ketemu anda!!



p/s:: maaf atas segala salah dan silap selama berkawan..terima kasih kerana sudi menjadi kawan..terima kasih untuk layanan terbaik anda!! semoga ketemu lagi di kehidupan masa akan datang=))
hey hey..thanks for reading ya =))

Wednesday, October 26, 2011

wordless wednesday - berikan senyuman untukku=))


hey hey..thanks for reading ya =))

Monday, October 24, 2011

bersyukurlah kerana adakalanya....


hey hey..thanks for reading ya =))

Wednesday, October 19, 2011

teringin nak pergi bercuti...

salam alaik.

masuk hari niyh daa 9 hari cikBella cuti sem..uishhh, boring yang amat okeyh!! tak tahu nak buat ape..selain main masak masak dengan pn. Ibu didapur..bersila depan peti ais menggeledah makanan, online segala jenis social network sampai lappy jadik panas, tengok movie yang akhirnya tengok cikBella balik..tidur sampai pening..ouh, itu jaa laa aktiviti harian yang boleh dilakukan..nak exercise petang petang hujan pulak..sampaikan demam demam daa duduk kat umah niyh takde buat ape!!

haritu ada cakap kat pn. Ibu..after adik cikBella habis final exam dan sorag lagi balik dari tournament KARISMA..cikBella nak pergi jalan jalan!! pn. Ibu ok kan aje..tapi tak tahu laa macam mana..hopefully menjadi laa coz cikBella daa lama giler kowt tak jalan jalan dengan family..sepanjang daa study kat hujung dunia tuh, selalu aje missed moment nak lepaking dengan family..adik cikBella sorang tuh untung laa..dekat jaa..dua minggu sekali pon boleh balik..jeles teruk kowt!! balik hari tuh pon dijemput bagai anak ghaje!!

so, pn. Ibu tanya cikbella nak pergi bercuti kat mana..nampak gaya macam ada potensi besar jaa!! cikBella tak kisah pon nak bercuti kat mana..tapi sangat teringin laa nak lepaking denga family kat tempat macam niyh...



arggghhhh~~sangat rindu nak dengar bunyi ombak..best woooo!! dapat pula laut macam niyh punya biru..memang tak naik ke darat laa jawabnya..takde laut..kolam pon jadi laa!! sebenarnya teringin nak mandi manda..sungai pon boleh laa..tapi kalau sungai kompem kat ulu yam..tak pon sungai congkak jaa!!=((


ouh..dapat parkmap untuk bukit gambang jaa!! cikBella ade tengok die punya board kat highway..nampak macam best jaa water park niyh..memandangkan sunway lagoon dangan desa water park daa selalu pergi..teringin nak pergi sini juga!! bukit merah pon best juga=)


selain tuh cikBella pon teringin juga nak pergi Kelantan..sebab nak shopping..hehehehehe=))hari tuh ada member daa pergi..sioooook giler tengok beliau memborong..tapi cikBella sekarang daa kurag laa nafsu shopping niyh..ape daa jadi..ape daa jadi?? ouh, sriusly beta juga pelik dengan perubahan niyh..tapi it's a good changes bukan!!kih3~~ selain tuh teringin juga nak pergi Penang..ouh, walaupun sem 1 cikBella daa lepas ke Penang tapi time tuh tak best sangat coz tak pergi banyak tempat..why Penang?? sebab cikBella dengar Penang banyak tempat makan..ouh, I LOVE eating..yeaaaah, itu habit terbaru..jalan jalan dan makan, makan, makan sampai buncit!! so, depends laa kat family nak pergi mana!!

so, korang plan pergi mana??tq for reading ya=)

hey hey..thanks for reading ya =))

Tuesday, October 18, 2011

wordless wednesday- aku belajar dari hatii!!

salam alaik..
hey hey..thanks for reading ya =))

Monday, October 17, 2011

betul ke lelaki tuh rumit??

salam alaik..


lelaki memang sangat susah untuk difahami..betul ke?? so setelah berblogwalking kejap tadi..cikBella terjumpa entry niyh dari 1001 rahsia diri punya belog!!


1. Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
    Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
    Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.


3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
    Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
    Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
    Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
    Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
    Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
    Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
    Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar





pada cikBella ada juga betulnya..tapi tuh semua fitrah kejadian lelaki bukan..so, sama sama berhak untuk mengawal tindak tanduk masing masing..baru hidup aman damai=))
hey hey..thanks for reading ya =))

Thursday, October 13, 2011

M.U.E.T

salam alaik..


mari..mari..mari..cikBella ingin bercerita!! hari ini hari khamis..hari ini cikBella ade speaking test M.U.E.T!! apa itu M.U.E.T..ianya tertera seperti diatas..ouhlalalalalala=)) so far so good tapi cuakss giler uolllz..bayangkan,bayangkan,bayangkan..cikBella in da first group for speaking tadi..yeaaaaaaaaaaaah,berpulohjuta kali ganda cuaknya..tapi xde laa getaq getaq pon lutot niyh..mampu jaa tersenyum lebor*poyo=p*

cikBella excited coz jumpa dengan my senior sekolah lama..ta sangka she still remember me=)) so, kitorang gelak gelak jaa tadi..den paling menakjubkan*takjub sangat ker??*ok laa kowt..sebabnya, semua candidate yang sama sesi ngan cikBella is UiTM student..so, macam family laa plak rasanya even diorang semua dari kampus berbeza..dengan cikBella tadi mereke yang hebat taw korang..terstuck kejap beta ditengah tengah!!

megat from asasi engineering puncak alam, asma from diploma orthography puncak alam, cikLin dari diploma engineering arau, perlis!!hahahahaha..hebat tak kau..gigit jari kejap beta tak tahu nak cakap ape even point is given there!! tapi examiner tuh baeeeeeeeeeeeeeeek sangat kowt..dia bagi peluang semua orang untuk bercakap..so, dapat laa cikBella menyampuk mana mana yang patut!! haaaaaaa, lega sangat bila speaking daa habis..rasa macam nak mandi kolam renang*ok, takde kena mengena!!* so, hopefully, dapat laa bend yang sangat sangat ok!!aminnnn~~coz taknak buat lagi daa=)) doakan ya..

hey hey..thanks for reading ya =))

Wednesday, October 12, 2011

segmen cik gojes : aku dan fake lover =)

salam alaik..

terharu CG datang blogwalking sini..so, cikBella pon singgah laa blog beliau lalu terbuntang mata tengok segmen beliau utarakan..macam best jaa sebab segmen niyh kita create kisah cinta sendiri..so, suka hati laa nak pilih pujaan hati siapa siapa pon kan..so stepnya adalah seperti berikut!!


tempekkan gambar sendiri..ouh, gambar serasa comel ini sahaja yang ada kerana cikbella memang tak comel mana pon!! dan, seterusnya..jeng...jeng...jeng\...pujaan hati abad ini!!

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Matt Long..ouh,cikBella telah cair kali pertama melihat beliau dalam cerita sydney white!! bagi cikBella die sangat hot sentap.hopefully one day dapat laa jumpa laki yang macam niyh or sama jaa macam beliau niyh!!

part ditunggu, cerita mengarut cikBella dengan Matt Long=))

surprise,surprise,surprise!! Matt Long bagi suprise vacation atas cruise..romantic sweet love vacation yang sangat dinantikan..menghabiskan masa bersama setiap hari atas cruise tuh..and paling sweet on last day vacation during dinner Matt Long buat another surprise dengan melutut sambil pengang rose and cincin, melamar cikBella depan orang ramai dalam hall tuh..ouh, romantik amat laa..even malu time tuh tak boleh nak cakap macam mana!! result..cikBella terima=))

hey hey..thanks for reading ya =))

Monday, October 10, 2011

ini cerita sem tiga!!

salam alaik..

alhamdulillah, cikBella baru jaa sampai kat rumah..cikBella sampai KL around 6 a.m. tapi disebabkan en. ayah yang menjemput kepulangan cikBella makanya perjalanan 35 minit boleh makan berjam jam..hehehe=)) tq ayah!! sebenarnya en. ayah taw yang anak dia niyh rindu nak jalan jalan naik kereta round KL tengok bangunan tinggi..hahahah=))

haaaaaa..puas hati sangat at last dapat juga merasa katil empuk yang telah lama ditinggalkan..ta tahu daa nak golek golek atas katil buat gaya kuak ape..nasib tak jatuh or tak patah jaa katil tuh!!hehehehe=)) extraordinary happy sebab daa sampai rumah akhirnya dan no need to calculate or iron baju anymore untuk pergi ke kelas!!ouh, sangat heaven korang=)) lepas niyh pakai kain batik jaa dok rumah*errrrrr~~hahaha=))*

akhirnya dapat juga cikBella tamatkan sem 3 dengan jayanya..jaya ke??urmmm...so far so good laa selagi result tak keluar niyh..alhamdulillah laa, paper killer last last hari tuh mampu dijawab dengan tenang..kalau kena jawapan cikBella dengan skema lecture..adolah markahnya..kalau tak, nampak sangat tenang menghentam dengan jayanya!!hehehe=)) hopefully ok laa semua paper tuh..tak sanggup daa nak face benda yang sama..nak termuntah daa=(( even rasa down sangat tak dapat nak jawab paper soil dengan riang gumbira tapi rasa mood tuh come back bile sampai paper programming!! ouh, dapat merasa dekan sem niyh lagi laa heaven..insyaALLAH, aminnn~~=))

habis sem 3 maknanya mungkin cikBella tak dapat nak jumpa lagi dengan beberapa orang member cikBella lepas niyh..maklum laa, chance untuk buat fast track depan mata..so, sekarang depends pada diri masing masing nak continue diploma or nak sambung fast track dats mean diorang akan pergi sambung degree laa..untuk cikBella ntah laa..setakat niyh hati still nak sambung lagi diploma!! nak rush pon tak guna kalau at last sangkut..tapi andai kata ada rezeki and ade yang mampu menguatkan hati cikBella untuk memilih buat fast track, cikBella akan buat!!ahhhh, malas laa nak cerita..lambat lagi boleh fikir=))

ouh ya..nak cerita dengan bangga niyh..sem niyh anjakan paradigma yang melampau cikBella telah lakukan!! tq so much untuk mereka yang telah mempengaruhi cikBella untuk melakukan anjakan paradigma terbaik ini..seriusly, cikBella merasakan perubahan niyh yang telah membantu cikBella sikit sebanyak masa final harituh..dats why laa cikBella boleh jawab dengan tenang=))

eja, anis, rei, qis

inilah mereka..mereka telah mempengaruhi cikBella untutk study dengan jayanya di LIBRARY=)) weyhhh~~gempak kowt..starting study week kitorang dok bertapa kat library tuh..pagi sampai petang!! tapi lepas tuh stop kejap coz paper takde gap macam hampeh..nak terkeluar urat saraf otak time tuh..den start bertapa balik bila paper programming..tapi takde laa seminggu tuh kitorang study..ada juga masa kitorang bergonjeng!!


havin BBQ..nyum,nyum,nyum=))


test mic 1..2...3....feel habis!!


pastu kita kena study balik..fokus,fokus!! 


tak larat menekan calculator..stop kejap dan snap pitcha lgik!! ouh, itu Syawall my auntie=))


last sekali..mari kita terjah kangar uolllz, bergonjeng sakan macam daa habis final sangat!!

ouh, ok laa kowt..mata cikBella daa tak larat nak bertahan lagi..malam tadi atas bas tak dpat nak tidur lena..asyik terjaga jaa!! sekarang tidur asyik terjaga jaa..gara gara konflik kejiwaan yang berlaku sem 3 niyh..ouh, ada kesempatan cikBella story laa yerk!!goodnite semua..tq for reading=))


hey hey..thanks for reading ya =))

Sunday, October 2, 2011

kejadian seminggu..

salam alaik..

ouh, terasa kaku plak nak menekan keyboard lappy niyh*menipu sgt*..tapi sungguh terasa kelu plak nak menyusun ayat bila nak post entry kali niyh..banyak jaa benda nak cerita, tapi entah laa sebabkan banyak sangat sampaikan tak terkeluar dari kepala otak niyh..dapat plak tadi study calculus tok next paper nanti..memang terencat kejap otak niyh dari menerima oksigen!!

nak start dari mana tah?? ok, habis jaa test programming hari tuh..classmate cikBella telah mengeluarkan satu statement yang sangat bernas dan ianya dilaksanakan tanpa sebarang bantahan..apekah itu?? ya, memang sangat teruja sebab kitorang had a bbq party..party ke??boleh laa kowt..so, sehari lepas test programming tuh, kitorang pon berparty laa..siok gilos laa, first time kowt buat event yang gempak gtuh bila daa dok diam kat U niyh..terima kasih banyak laa pada peenyumbang idea dan chef2 sangat berkebolehan dalam menyediakan makanan pada hari tersebut..sedaaaaaaaaaaaaap=)) so, kitorang pon makan laa ayam, fish ball, ketam kowt*apetah yang kale merah tuh* spaghetti, coslow, fries, burger dan tak ingat daa!! ouh, banyak sekali makannya sampai esok kenyang still terasa=))




sila ignore posture cikBella tuh ok..excited sangat nak kipas bara tuh, satgi gelabah ayam bila bara takde api yang ada..pastu mula laa kelam kabut panggil sesapa yang nampak dekat mata niyh sebab tak reti nak padamkan balik api tuh..kantooooi jaa!! well, bab main api..cikBella memang sangat pandai, ta payah suruh..segala ape yang ada kat tangan tuh semua cikBella halakan dekat api tuh..tapi bab nak padamkan, guna air jaa yang tahu=)) so bakar membakar sampai laa pukul 9 juga kowt..penat, tapo siooooook sangat..2 hari bau asap tak hilang!!

esok malam tuh pula, classmate cikBella yang girls sahaja..kitorang pergi melempiaskan kempunan dekat luar..kitorang pergi makan roti canai..hahahahaha=)) bila daa girls hangout, memang havoc laa jadiknya..sementara tunggu roti tuh sampai, kitorang pon main laa game dulu..first main cap kali cap kowt nama game tuh..tapi disebabkan asal sampai turn cikBella jaa satu gaya pon tak jadi, so kitorang tuka laa plan game kitorang..main true or dare..tapi darenya takde so semuanya true jaa..kira macam open table juga laa..time niyh memang semua laa kena..segala rahsia alam semestaa kitorang dapat korek..best laa main niyh..nanti main lagi taw!! tapi cikBella punya turn kita skip jaa..time niyh laa nak kenakan semua orang biar segala yang terbuku disanubari tuh keluar ikot mulut diorang..tapi bahayanya tak tersanggup nak keluarkan ape ape kenyataan..malu kowt!! apepon malam tuh kitorang daa janji..semua tuh rahsia=))*gambar roca takde sebab tak sedar pon nak kena snap ape ape*




den lastly semalam..pukul 10 pagi..tutttt,tutttt..
"hello,salam alaik"
"cikBella, mao ikot hangout tak.."
"urmmm..ajak cikBella mesti laa mao"
so, lepas Zohor tuh kitorang pon berangkat laa..sebenarnya nak teman kawan lepas rindu...so, alang alang daa keluar, ape lagi..mee goreng, ABC, KFC, laksa, ice cream cikBella bedal tanpa ragu ragu..lepas tuh sempat laa lepas gian menghayun bola sampai dapat 3 strike dan 7 spare..wow, teruja kowt mampu mencapai sebegitu sekali kejayaan..boleh laa join KARISMA lepas niyh..hahahaha=)) thankss laa kat orang dating bagi cikBella kacau korangnya dating..so, konklusinya gap seminggu yang sangat laa seronok=)) lepas niyh kena pulun balik..2 more paper left..ta sabar nak balik rumah!!

hey hey..thanks for reading ya =))

Wednesday, September 14, 2011

wordless wednesday!!


hey hey..thanks for reading ya =))

Monday, September 12, 2011

my besties ever after=))

salam alaik..

mood final takde lagi..risau betul, sekarang mood nak habiskan masa dengan kawan kawan jaa!! bukannya ape, even daa 3 sem kami bersama..tapi baru laa sem niyh rasa sangat closed gilos dengan each other..kitorang memang macam family sangat..baru laa rasa macam mana bila dapat keluarga besar..maklum laa, cikBella anak tunggal perempuan dalam family..so, banyak benda ter'miss' dalam hidup sebab takde gang nak join..so heaven sangat bila ada kawan kawan!!

seronoknya dengan diorang sampaikan tak tidur 3 hari nak siapkan final projek pon tak terasa..main baling tepung sampai gatal gatal satu badan pon tak terasa..gelak ketawa membahan dan bercerita tentang scandal masing masing pon tak terasa..menghabiskan setipa masa yang ada dengan pelbagai aktiviti pon tak terasa..tahu tahu semuanya daa nak berakhir dalam sebulan jaa lagi..ouh, sumpah sedih sangat!!

sedihnya nak tinggal diorang yang sangat hot gilos..


EPAH, BALQIS, ANIS, EJA, REI, FADHILAH, CIK LIN, kak FATIN, SYAFIQAH, SYAWALL, SYA', IRA, SU..

minta maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut atas semua salah silap cikBella kat korang semua..aishhh,sedih laa plak nak taip entry niyh=(( seronok sangat dengan korang sem niyh..sayangnya nak tinggalkan korang!! insyaALLAH, kalau ada rezeki kita sama lagi untuk sem depan jugak sampai last sem..terima kasih atas apa jaa yang korang berikan kat cikBella..really appreciate giler=)) terima kasih atas suprise party yang sangat menjadi dan tunjuk ajar dan moral support korang kat cikBella!! good luck untuk final coz korang semua memang hot..mari meramaikan dekan lagi sem depan..aminnn~~

andai kata kita tak sama lagik untuk sem depan..cikBella harap kita still keep in touch!! cikBella nak jugak dok menumpang kat kelas korang*tak malu=p..teringin nak buat macam macam benda dengan korang lagi,even tak sama untuk sem depan..insyaALLAH, korang kawan cikBella dunia akhirat!! jangan lupa kat cikBella..kalau ada apa apa event korang buat ,nak join jugaaaaaaaak..*tak teringin g kole perlis kaa mencekik seafood?* korang kena tahu, korang kawan paling best tok cikBella..sayang gilos ketat ketat kat korang!!

tapi kalau cikBella sama dengan korang lagi untuk sem depan..yeaaaaaaaaaaaaaaah~~=)) suka,suka,suka..!!

hey hey..thanks for reading ya =))

Sunday, September 11, 2011

majlis anugerah dekan..

salam alaik...


TAHNIAH kepada semua kawan yang dapat dekan..hebat laa korang sume..tingkatkan usaha lagi..biar dekan dan terus dekan=))

hahaha..moto macam ape jaa!! Isnin lepas fakulti cikBella buat majlis anugerah dekan tok mereka yang hebat hebat niyh..kira dinner corse laa juga..memandangkan dinner corse kitorang niyh sangat laa exclusive..yang datang hanyalah mereka yang dekan dan part 6..so dapat laa zoom muka sorang demi sorang yang dapat dekannya.

malas nak update blog sekarang niyh..next week start daa study week..ta taw laa macam mana pula tahap kemalasannya tuh!! so, sekali lagi laa pulun tok sama sama dekan dengan mereka sem niyh..doakan cikBella ya dapat dean list sem niyh..aminnnn~~=))



hey hey..thanks for reading ya =))

Wednesday, September 7, 2011

final projek yang menyesakkan...

salam alaik..

baru balik dari kelas..lama sangat tak update blog niyh..usha traffic mak ooooooi~~jatuh geduk gedebam korang!! belum terlambat kowt nak ucap SELAMAT HARI RAYA=)) maaf zahir batin kowt ada silap dan salah..terpost entry yang tersentap jiwa raga korang sume!! sori laa..ingat cuti boleh laa update blog dengan jayanya..tapi angan kosong jaa rupanya!!

sebelum cuti hari tuh cikBella ada bising bagitahu yang cikBella sangat busy dengan test yang berderet..habis test tuh...cikBella kena pula siapkan final projek untuk subjek material..ouh, ingatkan senang..rupanya cakap jaa yang senag..3 hari juga laa tak tidur..nasib baik laa kelas banyak yang daa habis silibus..so, tak laa merana sangat tak tidur 3 hari..dapat pula bebanan kerja melampau bila report asyik kena reject jaa..ouh, sangat tekanan disitu..hopefully, presentation kitorang tergempak..aminnn~~

group cikBella pakat buat airport!! CHAA CHANG AIRPORT CENTER..kenapa nama pelik..ntah laa, nama itu yang terkeluar time semua dok sibuk gam gam bahan binaan buat airport tuh..tengok tengok semua suka jaa..so, kitorg pon decide laa letak nama yang terlalu unik tuh!! so niyh laa serba sikit hasil kerja yang belum juga siap even kene present daa esok.






tak dapat nak update panjang panjang coz ade slide lagik yang perlu dibuat..tq for reading!!

hey hey..thanks for reading ya =))

Wednesday, August 17, 2011

weekend faculty program=))

salam alaik..

setiap hari buka blog tapi tak tahu apa nak tulis..malas, boring, ada idea tapi semua tersemat rapat rapat dalam otak jaa!! B.U.S.Y word paling mudah nak bagitahu kenapa blog lama tak update dan idea makin sempit..da lama nak update pasal aktiviti cikBella hari Ahad lepas tapi macam macam hal, so baru hari niyh laa dapat ceritanya..sori=((

program : gotong royong menyediakan bubur lambuk bersama rumah anak yatim makteh.
hari        : ahad
tarikh     : 14 ogos 2011 ( kan daa cakap..agak basi jugak cerita niyh)
masa      : 8.00 pagi - 12 tengah malam

starting hari  minggu dengan acara kupas mengupas bawang, carrot, kentang, daging, halia dan sebagainya..aishhhhhh, tercabar skill lincah didapur hari tuh kowt..maklum laa, balik rumah boleh dikirra dengan jari..sampai rumah masuk dapur pon  boleh dikira dengan jari..so, bila tiba tiba kena potong menotong, tak boleh laa nak kantoikan diri yang cikBella tak pernah masuk dapur..even jarang jarang tapi pernah jugakkan..so, gunakan skill yang ada maka terkupas dan terpotong laa segala yang harus dipotong.



snap sikit sikit jaa ala ala malu tapi still nak muka terpampang jugak! gasak laa=)) maklum laa, buat erja tangan daa macam macam bau rempah ratus daa, so nak snap pon tak boleh..amacam?? ado gayo??cikBella kejap jaa kat sini dalam 2 jam kowt lepas tuh en.Ketua a.k.a abg Fixie cakap " Bella, tak payah laa buat kerja niyh..rosak kuku nanti!!  tolong hiaskan pentas pula jom!!" so, mendengar arahan ketua " Baeeeeeeeeeek!!" 

sudahnya ke dewan untuk dihias dengan hiasan dunia yang indah indah bagi meraikan majlis santap menyantap berbuka puasa pada malam harinya..gambar hias dewan takdo sebab tak buat kerja dengan tekun..boleh siapkan hiasan dalam 2 jam tapi sebab main main maka terjadinya satu hari suntuk meyiapkan hiasan dewan!! maklum jaa laa, dalam tuh semuanya geng cikBella jaa..makin menjadi jadi laa game yang tak berapa nak game=))

lepas asar ajk yang dok kacau bubur lambuk time cikBella lari tuh berdiri dekat tepi jalan untuk agihkan..so, segala manusia yang lalu kat depan diorang, diorang tahan macam polis traffic saman orang padahal nak bagi bubur lambuk jaa po..konklusinya bubur lambuk sangat sedap hasil tangan yang memotong!!err~~

malam pula, kitorang berbuka kurma dan air jaa dulu..jaga perut, sebab lepas tuh kitorang nak santap yang lebih enak..enak oh enak..lagi makan, lagi enak!!=)) menu untuk hari tuh nasi tomato, ayam masak merah, daging masak lada hitam, sayur ape tah, buah tembikai dan air orang kawen..uishhhh,sodap bhaai=)) actually, 1st time cikBella makan nasi tomato..so, boleh tahan laa sedapnya..abis licin sepinggan..



niyh antara ajk yang menjayakan aktiviti hari tuh..sebab makan banyak, makanya gambarnya tidak laa banyak!! overall, aktiviti sangat bessssssssst=)) enjoy sangat even penat..lagipun lama daa tak join aktiviti macam niyh..so tq for reading diz entry!!





hey hey..thanks for reading ya =))