Wednesday, December 15, 2010

hari asyura=))

salam alaik..


hurmmm..ta sedar daa masuk 10 Muharram rupanya..di muakbuku cik bella dapat mesej ni..so cik bella nak kongsi laa jugak..



Asyura berasal dari kata ‘asyara, artinya bilangan sepuluh. Secara istilah Puasa ‘Asyura adalah puasa yang dikerjakan pada tanggal 10 Muharram pada Kalender Islam Hijriyah. Untuk tahun 1432 H maka hari ‘Asyura bertepatan dengan 16 Disember 2010 M.

Keutamaan Puasa 'Asyura

Keutamaan berpuasa pada hari 'Asyura dapat kita temui dari berbagai riwayat. Dan bahkan diriwayatkan kaum Yahudi dan Quraisy Mekah rutin melaksanakan puasa pada tanggal 10 bulan Muharram, jauh sebelum Islam hadir.

Sahabat Rasulullah Saw. Abdullah bin Abas ra. meriwayatkan:

Aku tidak pernah mendapati Rasulullah SAW menjaga puasa suatu hari karena keutamaannya dibandingkan hari-hari yang lain kecuali hari ini yaitu hari ‘Asyura dan bulan ini yaitu bulan Ramadhan. (HR Muslim)

Dalam hadits lain yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah ra., Rasulullah Saw. bersabda:

Puasa di hari ‘Asyura, sungguh saya mengharap kepada Allah bisa menggugurkan dosa setahun yang lalu. (HR Abu Daud)


Pelaksanaan Puasa 'Asyura

Singkatnya ada beberapa model dari puasa 'Asyura ini yang boleh kita lakukan,

1. Puasa hanya pada tanggal 10 Muharram (16 Disember) saja

2. Puasa tanggal 9 dan 10 Muharram (15 dan 16 Disember)

3. Puasa tanggal 10 dan 11 Muharram (16 dan 17 Disember)

4. Puasa tanggal 9, 10 dan 11 Muharram (15, 16 dan 17 Disember)



Amalan-Amalan di Hari 'Asyura

Menurut Imam Nawawi rahimahullah, dua amalan yang dasar hukumnya kuat yaitu:

1. Puasa 'Asyura dan Tasu'a

2. Meluaskan belanja

Selain dua amalan di atas, dasar hukumnya lemah. Kecuali bersedekah, karena menurut mazhab Maliki hukumnya sunnah. Wallahua'lam.



Doa Pada Hari 'Asyura

Mari manfaatkan hari 'Asyura, hari yang penuh keutamaan dan kemuliaan dengan memanjatkan doa.


حَسْبُنَااللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

سُبْحَانَ اللَّهِ مِلْءَالْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعِلْمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَاوَزِنَةَالْعَرْشِ

لاَمَلْجَأَ وَلاَمَنْجَأَ مِنَ اللَّهِ اِلاَّ اِلَيْهِ سُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَالشَّفْعِ وَالْوِتْرِ

وَعَدَدَكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ كُلِّهَانَسْأَلُكَ السَّلاَمَةَبِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَاِلاَّبِاللَّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

وَهُوَحَسْبُنَ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ




"Hasbunallahu wani'mal wakiilu ni'mal maulaa wani'man nashiiru

Subhanallahi mil-al miizaani wa muntahal 'ilmi wa mablaghar ridhaa wazinatal 'arsyi

Laa malja-a walaa manja-a minallahi illa ilaihi subhaanallahi 'adadasy syaf'ir wal witri

Wa 'adada kalimaatillahittaammaati kulliha nas-alukas salaamata birahmatika yaa arhamar raahimina

Walaa haula walaa quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhiimi

Wa huwa hasbuna wa ni'mal wakiilu ni'mal maulaa wa ni'man nashiiru

Wa shallalahu 'alaa sayyidina muhammadin wa 'alaa aalihi washahbihii wasallam"


Ertinya:

"Cukuplah Allah menjadi sandaran kami, dan Dia sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Maha Suci Allah sepenuh timbangan, sesempurna ilmu, sepenuh keridhaan dan timbangan 'arsy. Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari Allah, kecuali hanya kepada-Nya. Maha Suci Allah sebanyak bilangan genap dan ganjil, dan sebanyak kalimat Allah yang sempurna, kami memohon keselamatan dengan rahmat-Mu wahai Dzat Yang Paling Penyayang diantara semua yang penyayang. Dan tiada daya upaya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan Dialah yang mencukupi kami, sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurah kepada junjungan kami Nabi Muhammad, teriring keluarga dan sahabat beliau."




Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam.

* Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
* Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
* Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
* Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
* Allah menjadikan Siti Hawa.
* Allah menjadikan Syurga.
* Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
* Taubat Nabi Adam diterima Allah.
* Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
* Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
* Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
* Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
* Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
* Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
* Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.

hey hey..thanks for reading ya =))

No comments:

Post a Comment