Thursday, August 11, 2011

air mata yang berderai=((

salam alaik..

Tajuk entry kali niyh dicilok dari salah satu lirik lagu..tak tahu laa ape kena dua tiga hari niyh asyik nak dengar lagu tuh jaa, tapi sampai sekarang tak juga dengar lagi coz tak tahu pula tajuk lagunya=(( so setiap kali teringin nak dengar nyanyi jaa baris ayat ni..macam macam!!

hidup sekarang daa macam ayam yang kehilangan cacing..teruk sekali rasanya=(( tapi tetap juga gagahkan selagi tak rebah menyembah bumi...biasalah, memang daa termaktub dalam fakta kehidupan bila nak capai something tuh takde yang senangnya..semua perlukan pengorbanan dan anda sure akan terkorban..so, inilah juga yang sedang terjadi dalam diri cikBella!! sudah terlalu banyak mengeluh cikBella oiii~so, mari kita muhasabah diri sedikit sempena bulan mulia Ramadhan ini=))


setiap hari penat pulang dari kelas, cikBella selalu jaa rasa macam nak menangis..menangis sebab penat, menangis sebab tak mampu nak study, menangis sebab tak tahu ape yang dibelajar tadi..ya, bila otak sudah penat, macam macam perkara yang nak dilakukan tapi semuanya hampa sebab time tuh otak tak mampu nak interpret data lansung=(( konklusinya badan jadi letih, perut jadi lapar, mata pun mengantuk saja!!

setiap kali berlakunya keadaan macam tuh, selalu laa kepala niyh ingat dekat orang tua yang jauh dimata..harapan yang diorang tinggalkan masa cikBella mula mula masuk U dulu!! ouh, bertambah serabut otak dan sedih laa jiwa batin niyh..sekarang niyh laa masanya cikBella kena banggakan diorang..sedikit sebanyak boleh laa balas jasa diorang yang mengasuh cikBella dengan sangat baik sampai laa masuk U..takde apa lagi yang mampu cikBella bagi dan semuanya cikBella nak bagi selagi diorang masih ada di dunia niyh.

dua hari lepas cikBella dapat tahu girl dekat floor cikBella, mak dia baru meninggal..kalau diikotkan cerita kawan yang rapat dengan dia, ayah dia pon daa meninggal juga..dan minggu lepas mak dia pula yang menyusul di bulan mulia niyh..ouh, ini terlalu sedih untuk didengar=(( bayangkan time semua orang dekat floor cikBella sedang gembira duduk menatap juadah untuk berbuka puasa, tiba tiba ada announcement dari pejabat kolej panggil dia untuk bagitahu berita sedih tuh..semoga dia tabah menjalani kehidupan mendatang!!

entry lepas cikBella ada cerita yang cikBella selalu ingat arwah saudara mara cikBella yang daa pergi..lepas dari cikBella postkan entry tuh, banyak pula cikBella dengar dari kalangan kawan kawan cikBella yang daa kehilangan orang yang tersayang juga dalam hidup mereka!! doakan agar roh mereka yang tersayang agar tenang di sana dan ditempatkan bersama golongan yang dicintai ALLAH=)) dan mereka yang masih ada tabah menjalani hari mendatang=))





p/s:: parent adalah segalanya dalm hidup kita..tanpa diorang, kkta pon takde=))
hey hey..thanks for reading ya =))

2 comments: