setiap hari buka blog tapi tak tahu apa nak tulis..malas, boring, ada idea tapi semua tersemat rapat rapat dalam otak jaa!! B.U.S.Y word paling mudah nak bagitahu kenapa blog lama tak update dan idea makin sempit..da lama nak update pasal aktiviti cikBella hari Ahad lepas tapi macam macam hal, so baru hari niyh laa dapat ceritanya..sori=((
program : gotong royong menyediakan bubur lambuk bersama rumah anak yatim makteh.
hari : ahad
tarikh : 14 ogos 2011 ( kan daa cakap..agak basi jugak cerita niyh)
masa : 8.00 pagi - 12 tengah malam
starting hari minggu dengan acara kupas mengupas bawang, carrot, kentang, daging, halia dan sebagainya..aishhhhhh, tercabar skill lincah didapur hari tuh kowt..maklum laa, balik rumah boleh dikirra dengan jari..sampai rumah masuk dapur pon boleh dikira dengan jari..so, bila tiba tiba kena potong menotong, tak boleh laa nak kantoikan diri yang cikBella tak pernah masuk dapur..even jarang jarang tapi pernah jugakkan..so, gunakan skill yang ada maka terkupas dan terpotong laa segala yang harus dipotong.
snap sikit sikit jaa ala ala malu tapi still nak muka terpampang jugak! gasak laa=)) maklum laa, buat erja tangan daa macam macam bau rempah ratus daa, so nak snap pon tak boleh..amacam?? ado gayo??cikBella kejap jaa kat sini dalam 2 jam kowt lepas tuh en.Ketua a.k.a abg Fixie cakap " Bella, tak payah laa buat kerja niyh..rosak kuku nanti!! tolong hiaskan pentas pula jom!!" so, mendengar arahan ketua " Baeeeeeeeeeek!!"
sudahnya ke dewan untuk dihias dengan hiasan dunia yang indah indah bagi meraikan majlis santap menyantap berbuka puasa pada malam harinya..gambar hias dewan takdo sebab tak buat kerja dengan tekun..boleh siapkan hiasan dalam 2 jam tapi sebab main main maka terjadinya satu hari suntuk meyiapkan hiasan dewan!! maklum jaa laa, dalam tuh semuanya geng cikBella jaa..makin menjadi jadi laa game yang tak berapa nak game=))
lepas asar ajk yang dok kacau bubur lambuk time cikBella lari tuh berdiri dekat tepi jalan untuk agihkan..so, segala manusia yang lalu kat depan diorang, diorang tahan macam polis traffic saman orang padahal nak bagi bubur lambuk jaa po..konklusinya bubur lambuk sangat sedap hasil tangan yang memotong!!err~~
malam pula, kitorang berbuka kurma dan air jaa dulu..jaga perut, sebab lepas tuh kitorang nak santap yang lebih enak..enak oh enak..lagi makan, lagi enak!!=)) menu untuk hari tuh nasi tomato, ayam masak merah, daging masak lada hitam, sayur ape tah, buah tembikai dan air orang kawen..uishhhh,sodap bhaai=)) actually, 1st time cikBella makan nasi tomato..so, boleh tahan laa sedapnya..abis licin sepinggan..
niyh antara ajk yang menjayakan aktiviti hari tuh..sebab makan banyak, makanya gambarnya tidak laa banyak!! overall, aktiviti sangat bessssssssst=)) enjoy sangat even penat..lagipun lama daa tak join aktiviti macam niyh..so tq for reading diz entry!!
No comments:
Post a Comment