Wednesday, April 4, 2012

buat saudaraku..=(

salam alaik..

dalam pukul 1 pagi tadi tergerak hati nak buka blog maria elena dan tertarik untuk tengok video yang beliau postkan kat blog beliau..then dengan jayanya mengkhatamkan sampai pukul 2.50 pagi. hasilnya airmata tumpah mencurah curah smpai laa ke saat ini dan terbawa-bawa sampai laa ke pagi besok agaknya!! cikBella jenis emosional melampau sikit=((


bak kata maria elena kalau boleh tengok filem melayu or orang putih tuh sampai sejam setengah, hatta hindustan sampai 3 jam sekalipooon..kenapa filem niyh tak boleh..filem yang menceritakan kisah benar derita saudara seIslam dengan kita yang ditindas Israel sampai ke saat ini..then cikBella poon menyahut seruan untuk tengok filem tuh dan meninggalkan filem Keramat yang sedang cikBella tonton!! cerita hantu lagi laa takde pekdah nak tengok..



selalu kita dengar dan hampir setiap hari kita disogok dengan berita mengenai kekejaman Israel terhadap saudara kita dekat Palestin tuh..kalau dulu dekat Afghanistan!! tapi apa yang kita buat..tak payah nak menunding jari, cikBella poon sama jaa..tengok dan kesian, kalau teruk sangat ada jugak laa sampai menangis, tapi itu semua tak mampu untuk mengubah nasib mereka..sedih sangat bila tengok video tuh..

tak dapat dibayangkan kalau cikBella yang ada kat tempat diorang..bayangkan seorang budak 6 tahun boleh survive untuk hidup tanpa ibubapa diorang sebab dibunuh didepan mata oleh Israel..punyai cita-cita nak jadi doktor sebab nak tolong saudara mereka yang dikecam Israel..sedangkan cikBella kat sini hampir 20 tahun lagi beberapa hari, masih memerlukan kedua orang tua untuk meneruskan hidup..makan dan minum semuanya terhidang depan mata, alhamdulillah sampai sekarang segalanya cukup dan mampu meneruskan kehidupan dan belajar hingga ke universiti!! tapi diorang...


bayangkan umur 6 tahun sudah memikirkan tentang keperluan membantu saudara sendiri tapi kita yang hidup senang disini hanya memikirkan tentang kepuasan sendiri..ramai yang mampu berkata, kita perlu menolong mereka..tapi berapa ramai yang mampu berhadapan untuk hidup ditempat mereka..tak perlu tanya pada orang lain..cikBella juga mungkin berfikir setiap detik jantung berdegup mengenai kesanggupan itu..maaf=((

reader's..mungkin usaha kita tidak seberapa, namun ianya boleh mengubah sesuatu dan bakal memberi harapan baru dalam kehidupan mereka..selain dari mendermakan wang ringgit kepada mereka dan menyertai kempen bagi membantu mereka, jangan sesekali lupa untuk mendoakan kesejahteraan mereka agar mereka diberi kekuatan untuk menempuhi ujian kehidupan ini dan agar Islam kembali mekar=)) mungkin ada antara doa anda, adlah doa yang akan dimakbulkan ALLAH..ianya juga peringatan untuk diri sendiri..insyaALLAH,aminn~~

check it out the VIDEO..!!

hey hey..thanks for reading ya =))

No comments:

Post a Comment