Wednesday, November 9, 2011

matangkah anda??

# Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

# Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

# Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

# Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

# Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

# Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

# Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

# Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

# Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

# Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

# Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.


ni bukan matang tapi tua!!sumber:google

# Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

# Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

# Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

# Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

# Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

# Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

# Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

# Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.


so..cukup matangkah anda??more artikel from here!!

hey hey..thanks for reading ya =))

No comments:

Post a Comment